Tumpuan :
Dunia

Perdana Menteri Tonga letak jawatan sebelum usul tidak percaya

Perdana Menteri Tonga, Hu’akavameiliku Siaosi Sovaleni. FOTO: Reuters

SUVA: Perdana Menteri Tonga, Hu’akavameiliku Siaosi Sovaleni meletak jawatan pada pagi Isnin sebelum usul undi tidak percaya yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada hari yang sama, lapor Xinhua memetik laman sesawang berita Matangi Tonga.

“Saya akan meletak jawatan segera mengikut perlembagaan,” kata Hu’akavameiliku pada penghujung ucapan di Parlimen.

Menurut laporan, rancangan untuk mengemukakan usul itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Tonga pada 23 Nov lalu.

Hu’akavameiliku juga memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan negara itu.

— BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini