Tumpuan :
Dunia

Perdana Menteri Kanada umum berpisah dengan isteri

Foto : Reuters

TRENTON : Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Rabu mengumumkan beliau dan isterinya Sophie akan berpisah selepas 28 tahun berkahwin.

“Saya dan Sophie ingin berkongsi fakta bahawa selepas banyak perbincangan bermakna dan sukar, kami telah membuat keputusan untuk berpisah,” kata Trudeau di Instagram, lapor Agensi Anadolu.

Trudeau, 51, yang menjadi perdana menteri sejak 2015 dan Sophie Gregoire Trudeau, 48, berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Perpisahan itu berjalan dengan baik.

“Seperti biasa, kami kekal sebagai keluarga yang rapat dengan kasih sayang dan rasa hormat yang mendalam antara satu sama lain dan untuk semua yang telah kami bina dan akan terus bina,” katanya.

Satu kenyataan dari pejabatnya berkata: “Mereka kekal sebagai keluarga rapat dengan Sophie dan Perdana Menteri memberi tumpuan untuk membesarkan anak-anak mereka dalam persekitaran yang selamat, penyayang dan bekerjasama.”

“Kedua-dua ibu bapa akan sentiasa hadir dalam kehidupan anak-anak mereka dan rakyat Kanada boleh menjangkakan untuk sering melihat keluarga ini bersama-sama”. – BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Loading...
Terkini