AUSTRALIA: Pengunjung menyambut ketibaan Tahun Baharu Cina di Chinatown, Sydney pada Rabu (29 Januari) dalam sebuah festival jalanan yang menarik perhatian penduduk tempatan dan pelancong.
Kumpulan penari mempersembah tarian singa tradisional dengan kostum singa berwarna-warni sebagai pembuka acara. Festival ini turut dihiasi dengan model ular, simbolik kepada “Tahun Ular” dalam kalendar lunar.
“Ular biasanya dianggap menakutkan, terutamanya bagi masyarakat Asia… jadi kami telah mereka bentuknya dalam gaya kartun yang lebih mesra keluarga,” kata pereka Fiona Ho, yang mencipta model festival bertemakan reptilia itu.
Festival Tahun Baharu Cina Sydney akan berlangsung dari 29 Januari hingga 16 Februari, menampilkan pelbagai acara termasuk pasar malam, persembahan kebudayaan, serta perlumbaan bot naga. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.