Tumpuan :
Dunia

Perasmian Sukan Asia ke-19, pemimpin asing mula tiba di Hangzhou

Foto Yonhap

HANGZHOU: Para pemimpin asing mula tiba di Hangzhou, wilayah Zhejiang untuk menghadiri upacara pembukaan rasmi Sukan Asia ke-19, lapor Xinhua.

Antara pemimpin itu Putera Mahkota Kuwait Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Presiden Syria Bashar al-Assad, Perdana Menteri Xanana Gusmao dari Timor-Leste, Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni, Speaker Dewan Rakyat Malaysia Tan Sri Johari Abdul, Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck-soo dan Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal Prachanda.

Upacara pembukaan temasya sukan itu akan diadakan di Stadium Olympic Sports Centre di Hangzhou pada Sabtu. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini