comscore
Tumpuan :
Dunia

Penumpang Pesawat Gigit Jari Kru Kabin

ISTANBUL: Pesawat Turkish Airlines yang dalam perjalanan dari Istanbul ke Jakarta, Indonesia terpaksa membuat pendaratan cemas kerana seorang penumpang menggigit jari kru kabin.

Video kejadian itu telah tular di media sosial.

Lelaki itu yang dipercayai mabuk pada mulanya diberi amaran supaya menenangkan dirinya.

Bagaimanapun, teguran seorang pramugari itu hanya menimbulkan kemarahannya sebelum dia kemudian menggigit jari salah seorang kru dalam pesawat itu.

Pramugari terbabit kemudiannya cuba untuk menangani lelaki itu, apabila penumpang lain terkejut melihat situasi itu.

Pramugari lain juga dilihat cuba untuk meredakan ketegangan.

Penumpang itu dipercayai juruterbang sebuah syarikat penerbangan.

Kelakuan tidak menentu lelaki itu memaksa penerbangan yang sepatutnya tiba di Jakarta pada jam 5 petang semalam, tiba lewat kira-kira jam 8 malam.

Ini kerana pesawat dikatakan berlegar-legar di sekitar Kuala Lumpur sebelum mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan, lapor Hurriyet Daily News.

Jurucakap Polis Metro Jakarta, Turkish Airlines menurunkan penumpang warga Indonesia yang cedera di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.

Menurut satu lagi laporan media tempatan, kes itu diserahkan kepada Polis Deli Serdang yang beroperasi di wilayah Medan.

Loading...
Terkini