Penumpang dan anak kapal pesawat Airbus 321, Asiana Airlines berdepan detik cemas selepas salah seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu sebelum mendarat di Daegu, Korea Selatan.
Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, kejadian berlaku ketika pesawat yang membawa 194 penumpang dan enam anak kapal itu berada pada ketinggian 700 kaki, kira-kira dua minit sebelum mendarat.
Ketika pintu kecemasan terbuka, pesawat dipercayai terbang pada kadar 334 kilometer sejam.
12 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan akibat hiperventilasi, sembilan daripadanya dihantar ke Hospital Daegu untuk rawatan lanjut.
Penumpang berusia 30-an itu berjaya ditahan pihak berkuasa sejurus mendarat.