RIYADH: Arab Saudi meningkatkan jadual perjalanan kereta api Ekspres Haramain di antara Makkah dan Madinah kepada 126 perjalanan dalam sehari.
Ia menjadikan jumlah perjalanan bagi musim haji tahun ini meningkat kepada lebih 3,400 perjalanan dengan 1.5 juta tempat duduk ditawarkan kepada jemaah
Naib Presiden Haramain, Rayan Al-harbi pada masa sama mengesahkan semua operasi kereta api untuk musim haji mengikut perancangan yang ditetapkan.
Pada bulan ramadan tahun ini, perkhidmatan Ekspres Haramain telah membawa lebih daripada 818,000 penumpang dalam lebih daripada 2,540 perjalanan
Ia peningkatan sebanyak 265 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. – ARABNEWS