TEBING BARAT: Pengganas Israel telah menahan seorang pemuda Palestin dari bandar Silat al-Harithiya, di barat Jenin, lapor agensi berita Wafa.
Saksi memberitahu bahawa tentera Israel menyerbu rumah An’ad Abu al-Khair Tahaineh, menggeledah isi rumah sebelum menangkapnya.
Untuk minggu kedua berturut-turut, pengganas Israel telah melancarkan operasi besar di Jenin dengan sokongan kenderaan berperisai, dron, dan helikopter serangan.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin telah terbunuh dalam serangan di Jenin dan kawasan sekitarnya.
Mohammad Jarrar, Datuk Bandar kawasan padat yang menjadi tempat tinggal ramai pejuang Palestin bersenjata, berkata pada hari Ahad bahawa kira-kira 15,000 penduduk telah dipaksa melarikan diri dari kem pelarian Jenin akibat serangan Israel.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.