Tumpuan :
Dunia

Pengganas Israel lepaskan tembakan ke Lubnan walaupun gencatan senjata dilaksanakan

LUBNAN: Pengganas Israel mengaku melepaskan tambakan ke arah beberapa kenderaan di selatan Lubnan walaupun gencatan senjata telah dikuatkuasakan hari ini

Tembakan dilepaskan selepas melebelkan beberapa individu yang berada di dalam kenderaan terbabit sebagai suspek namun pada masa tiada butiran lanjut mengenai tuduhan itu didedahkan

Dalam pada itu, beberapa negara meluahkan pujian ke atas gencatan senjata yang dilaksanakan bermula jam 2 pagi tadi waktu tempatan

Mesir dalam kenyataannya menyifatkan gencatan senjata itu sebagai satu langkah mengurangkan ketegangan di Asia Barat

Ia juga dilihat mampu menjadi langkah awal dalam menghentikan keganasan Israel di Gaza

China antara negara lain yang mengalu-alukan gencatan senjata dalam usaha membawa keamanan di rantau itu

Cypruss melalui Presidennya Niko Christodoulides dalam pada itu turut menyuarakan sokongan ke atas Tentera Lubnan dalam usaha mengukuhkan kedaulatan negara – al jazeera

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini