comscore
Tumpuan :
Dunia

Pengeboman berterusan di Gaza ‘mengerikan’ – WHO

Foto: Reuters

ISTANBUL: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad memberi amaran bahawa situasi sektor kesihatan di Gaza sebagai tidak dapat dibayangkan.

“Laporan pertempuran dan pengeboman berterusan di Gaza amat mengerikan.

“Semalam (Sabtu) pasukan kami melawat Hospital Perubatan Nassar di selatan (Gaza)… penuh dengan 1,000 pesakit — tiga kali ganda melebihi kapasitinya,” kata Tedros Adhanom Ghebreyesus di X, lapor Agensi Anadolu.

Tedros berkata kemudahan itu juga dipenuhi orang awam yang mencari perlindungan yang memenuhi setiap penjuru hospital dan ada pesakit menerima rawatan di atas lantai.

“Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk menyatakan kebimbangan kami terhadap apa yang kami saksikan,” kata Tedros.

Ketua WHO itu mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza pada awal Jumaat selepas mengumumkan jeda kemanusiaan selama seminggu tamat. – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini