comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Polis lepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan kes rogol, bunuh doktor


KOLKATA: Pihak berkuasa India melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah penunjuk perasaan yang berarak di bandar Kolkata, hari ini.

Bantahan yang dilancarkan itu bagi mendesak peletakan jawatan Ketua Menteri Benggala Barat, Mamata Banerjee, susulan insiden rogol dan bunuh membabitkan seorang doktor pelatih.

Berdasarkan rakaman di televisyen, penunjuk perasaan diketuai pelajar universiti bertindak memecahkan penghadang besi yang dipasang di laluan perarakan mereka ke sekretariat negeri Benggala Barat.

FOTO: Reuters

Menurut pegawai kanan polis, lebih 5,000 anggota polis India itu dikerahkan ke Kolkata dan bandar jiran Howrah, hari ini, bagi mengawal keadaan.

Seorang anggota sukarelawan polis ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan kini polis Persekutuan mengambil alih siasatan.

Dalam insiden 9 Ogos lalu, seorang doktor berusia 31 tahun dari R G Kolej Perubatan Kar, maut selepas dirogol sebelum dibunuh, sekaligus mencetuskan kemarahan rakyat India.

Protes sama pernah berlaku pada 2012 susulan kejadian rogol beramai-ramai membabitkan seorang pelajar berusia 23 tahun di dalam bas yang sedang menuju ke New Delhi.

FOTO: Reuters

Ia menyebabkan banyak kempen dilancarkan bagi menangani wanita menjadi mangsa keganasan seksual walaupun undang-undang yang lebih ketat diperkenalkan di India.

Susulan insiden terbabit, ramai doktor pelatih enggan merawat pesakit bukan kecemasan di beberapa hospital di seluruh negara kerana melancarkan protes menuntut keadilan untuk mangsa dan aspek keselamatan lebih baik buat wanita.

Mahkamah Agung India kemudiannya mewujudkan pasukan petugas keselamatan hospital dan meminta doktor yang melancarkan protes untuk kembali bertugas.

Namun masih ramai dalam kalangan mereka enggan mematuhi ketetapan terbabit termasuk di Benggala Barat.

Sementara itu, jurucakap Parti Kongres Trinamool yang memerintah Banerjee, Kunal Ghosh, berkata pihaknya menyalahkan tindakan keras polis terhadap pelanggaran undang-undang terbabit. –REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini