Tumpuan :
Dunia

Pengalaman menginap di Hobbiton jadi kenyataan

Foto: Reuters

BOSNIA: Perkampungan Hobbiton lazimnya sinonim dengan lokasi yang terletak di New Zealand.

Namun, peminat sequel filem The Lord of the Rings itu kini bukan sahaja boleh mengunjungi malah mereka juga boleh menginap di Kresevo Hobbiton, yang baru sahaja dibuka di Bosnia dan Herzegovina.

Kampung terinspirasi Hobbiton dibina empat beradik Milicevic yang terletak di tengah-tengah kehijauan bukit di Bosnia bakal menjadi tarikan terbaru destinasi pelancongan negara Eropah Timur itu.

Menurut usahawan inap desa yang juga pemilik kampung Hobbit, Vedrana Milicevic, “Kami berempat membesar di di Rakova Noga. Kami mendapat inspirasi untuk mencipta sesuatu yang mampu mempesona pelancong untuk datang.”

“Sekaligus mampu menarik mereka untuk melawat kampung kami, pekan kami dan bandar kami. Kami memutuskan untuk membina perkampungan dalam bentuk komuniti Hobbit.

Adik-beradik Milicevic itu buat masa ini telah membina dua buah kediaman sementara tiga lagi masih dalam proses pembinaan.

Mereka turut berkongsi perusahaan inap desa Kresevo Hobbiton itu menerima sambutan yang menggalakkan dari pengunjung seluruh Eropah sejak dibuka.

Loading...
Terkini