comscore
Tumpuan :
Dunia

Penerbangan Pertama Kereta Terbang Di Dubai

DUBAI: Sebuah kereta terbang keluaran China berjaya melakukan penerbangan pertamanya di Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Khamis.

Jentera itu dibina syarikat kenderaan elektronik Xpeng yang mempergiat usaha melancarkan kenderaan itu di pasaran antarabangsa.

Kereta terbang yang dikenali sebagai X2 itu mempunyai dua tempat duduk dan diterbangkan menggunakan dua kipas pada setiap sudut.

Penerbangan ujian tanpa pemandu selama 90 saat di Dubai itu disifatkan oleh pengeluarnya sebagai platform penting untuk generasi kereta terbang akan datang.

Menurut pengurus besar Xpeng, Aeroht, Minguan Qiu, pihaknya sedang melakukan beberapa langkah untuk mula memasarkan model itu ke pasaran antarabangsa.

Dubai dipilih sebagai destinasi penerbangan awam pertama X2 kerana ia disifatkan bandar paling inovatif di dunia.

Loading...
Terkini