Tumpuan :
Dunia

Penerbangan antarabangsa Syria dibuka kembali Selasa ini

Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dijangka dibuka kepada penerbangan antarabangsa Selasa ini. FOTO: Reuters

KAHERAH: Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dijadualkan menyambung semula operasi penerbangan antarabangsa minggu depan.

Perkara itu disahkan pegawai penerbangan Syria.

Operasi di lapangan terbang itu digantung bulan lalu selepas kemudahan penerbangan itu terjejas susulan penggulingan Presiden Syria, Bashar Al-Assad.

Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam dan Pengangkutan Udara Syria, Ashhad Al-Salibi mengumumkan penyambungan semula penerbangan antarabangsa keluar dan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik mulai 7 Januari ini.

Al-Salibi memberitahu agensi berita rasmi Syria, pihak berkuasa penerbangan sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan di lapangan terbang Damsyik dan bandar utara Aleppo untuk membolehkan penerbangan dari seluruh dunia mendarat.

Awal minggu ini, Qatar Airways mengumumkan akan menyambung semula penerbangan ke Damsyik bermula Selasa.

Penerbangan domestik di Lapangan Terbang Damsyik telah beroperasi semula pada 18 Disember lalu.

Sejak penggulingan Bashar Al-Assad, kerajaan baharu Syria terus berusaha memulihkan keselamatan serta memperbaiki kemudahan negara yang terjejas akibat peperangan selama lebih sedekad.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini