Tumpuan :
Dunia

Penduduk sambut kemenangan Pejuang Pembebasan Syria

FOTO: Reuters

SYRIA: Kemenangan Pejuang Pembebasan Syria menawan Damsyik dan beberapa bandar lain disambut dengan penuh kegembiraan.

Rakaman media sosial menunjukkan orang ramai memijak poster Presiden Syria Bashar Al-Assad, dan kedengaran mereka melaungkan, “Hidup Syria, jatuhkan al-Assad.”

Reuters mengesahkan lokasi terbabit sebagai Homs melalui imej fail dan imej satelit kawasan itu.

FOTO: Reuters

Tarikh kejadian bagaimanapun tidak dapat disahkan.

Komander pemberontak Syria, Hassan Abdul Ghany, berkata pada awal pagi Ahad (8 Disember), pasukan pemberontak telah “membebaskan sepenuhnya” bandar tengah Syria, Homs.

Penguasaan Homs, yang merupakan persimpangan penting antara ibu negara dan Laut Mediterranean, secara efektif memutuskan hubungan antara Damsyik dan kubu-kuat pesawat Alawite minoriti Assad di kawasan pesisir, serta pangkalan udara dan tentera laut Rusia. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini