comscore
Tumpuan :
Dunia

Penduduk Palestin maut dalam insiden tembakan rambang pengganas Israel di Beit Hanoon

FOTO: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya empat penduduk Palestin terbunuh dan ramai lagi cedera apabila pengganas rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah orang ramai di sebuah jalan raya di daerah Beit Hanoon di wilayah utara Gaza.

Bedilan udara pesawat rejim di Kem Pelarian Nuseirat pula meragut lima nyawa.

Satu lagi serangan di timur laut kem ini meragut dua lagi nyawa penduduk Palestin.

FOTO: Reuters

Dalam pada itu, seorang kanak-kanak dilaporkan cedera dalam serangan ke atas khemah berhampiran Sekolah Kurd di Deir el-Balah

Satu lagi serangan di wilayah sama meragut nyawa penduduk dengan sejumlah lagi cedera.

Perkembangan di Tebing Barat menyaksikan seorang lelaki maut ditembak pengganas rejim di Wadi al-Far’a.

Operasi pengganas rejim turut dilaporkan berlaku di beberapa daerah termasuk utara Nablus dan barat Ramallah.

FOTO: Reuters

Sekurang-kurangnya dua individu ditahan pengganas rejim di Qalqiya.

Juga terdapat laporan pertempuran sengit antara pengganas rejim dan briged Al-Aqsa di daerah Tubas.

Kumpulan Hamas dalam pada itu mengesahkan serangan di Tulkarem yang meragut 18 nyawa semalam turut mengorbankan salah seorang Komandernya. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini