comscore
Tumpuan :
Dunia

Penduduk Palestin mati berebut makanan

FOTO: Reuters

GAZA: Krisis makanan dan kemanusiaan di Gaza semakin parah sehingga penduduk dilaporkan mati ketika berebut – rebut untuk mendapatkan bekalan makanan dihantar badan kebajikan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO juga gagal menghantar bekalan makanan ke hospital di Khan Younis akibat sekatan dilakukan tentera Zionis di pos kawalan keselamatan walaupun situasi adalah sangat kritikal bagi penghantaran makanan dan ubat-ubatan.

Pada masa sama, tentera rejim turut bertindak kejam menyerbu Hospital al-Amal di wilayah sama dan melepaskan tembakan yang mencederakan sekurang-kurangnya 10 individu.

Tidak cukup dengan itu, tentera rejim juga mengusir kakitangan hospital serta penduduk Palestin yang mencari perlindungan.

FOTO: Reuters

Turut jadi sasaran, Hospital Ibnu Sina apabila didatangi tentera rejim yang menyamar sebagai kakitangan hopsital dan menembak mati  tiga pejuang Palestin

Situasi getir di Tebing Barat juga memaksa sekolah-sekolah ditutup akibat serbuan berterusan tentera rejim

Pertempuran yang tercetus sejak 7 Oktober lalu juga telah meragut lebih 27,000 nyawa dengan lebih 65,000 lagi cedera. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini