Tumpuan :
Dunia

Penduduk Palestin di Tebing Barat makin derita

FOTO: Reuters

TEBING BARAT: Penduduk yang hidup dalam ketakutan akibat keganasan dan ketegangan yang dicetuskan oleh pengganas rejim dan pendatang haram Yahudi di Tebing Barat makin menderita.

Lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, selain berdepan keganasan dan kemusnahan yang melonjak sejak Oktober tahun lalu.

Penduduk Palestin juga berdepan tindakan tidak berhati perut rejim yang merampas tanah milik mereka.

Israel telah merampas hampir 28 kilometer persegi tanah penduduk termasuk lokasi yang telah diiktiraf PBB sebagai Tapak Warisan Dunia.

Sejak Oktober tahun lalu juga, pengganas rejim telah memusnahkan hampir 2,000 kediaman dan bangunan milik penduduk Palestin.

Ini sekali gus menyebabkan ribuan penduduk tiada tempat berteduh manakala lebih 530,000 lagi terjejas.

Malah ketegangan dalam tempoh sama juga telah meragut lebih 700 penduduk Palestin. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini