Tumpuan :
Dunia

Penduduk maut akibat banjir buruk di Brazil

BRAZIL: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh susulan banjir buruk yang melanda Rio Grande Do Sul.

Hujan lebat dan angin kecang akibat pembentukan siklon tropika itu turut mengakibatkan kemusnahan harta benda penduduk.

Susulan itu, Gabenor Vera Cruz mengisytihar darurat di wilayah berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan amaran tanah runtuh di kawasan tertentu.

Ramai penduduk terjejas terpaksa ditempatkan di pusat perlindungan sementara.

Bekalan air di 12 daerah di Alagoas juga terjejas.

Terdahulu di wilayah Pernambuco, sebuah bangunan dilaporkan runtuh mengakibatkan 14 mangsa maut atau hilang. – REUTERS / FLOODLIST.COM

Loading...
Terkini