GAZA: Penduduk di Gaza panik selepas Israel mengeluarkan amaran berpindah kepada kira-kira 513,000 orang
Dalam pada itu 40 penduduk Palestin terbunuh di Khan Younis dalam tempoh 24 jam, mangsa termasuk petugas Persatuan Bulan Sabit Merah
Tindakan tentera rejim terus menerus membedil lokasi panas menyukarkan usaha menyelamat dan membawa keluar mayat mangsa.
Lapor media Al Jazeera, lapan lagi cedera dalam serangan ke atas sebuah sekolah di wilayah sama.
Pasukan paramedik berdepan kesukaran membawa mangsa ke Hospital Nasser walaupun ia berada dalam jarak yang dekat susulan bedilan bertali arus tentera rejim
Dalam pada itu, terdapat laporan penduduk Palestin maut ditembak mati tentera rejim di Tebing Barat.
9 lagi lagi individu ditahan termasuk di barat Nablus dan Ramallah
Setakat ini, hampir 26,000 penduduk Palestin maut dalam pertempuran yang bermula pada 7 Oktober lalu. – AL JAZEERA