Tumpuan :
Dunia

Penduduk Gaza kejar trak bantuan

FOTO: Reuters

GAZA: Penduduk Palestin berlari mengejar trak bantuan yang menghantar lebih banyak bekalan ke Gaza pada hari Rabu (22 Januari) ketika gencatan senjata antara Israel dan Hamas memasuki hari keempat.

Perjanjian gencatan senjata itu mensyaratkan sekurang-kurangnya 600 trak bantuan dibenarkan masuk ke Gaza setiap hari sepanjang enam minggu awal gencatan senjata, termasuk 50 trak yang membawa bahan api.

Separuh daripada trak tersebut sepatutnya dihantar ke utara Gaza, di mana pakar telah memberi amaran bahawa kebuluran hampir berlaku.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari Selasa (21 Januari) melaporkan bahawa lebih daripada 2,400 trak telah memasuki wilayah tersebut sejak permulaan gencatan senjata.

Menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, keutamaan kemanusiaan di Gaza termasuk bantuan makanan, membuka semula kedai roti, menyediakan penjagaan kesihatan, menambah bekalan hospital, membaiki saluran rangkaian air, membawa bahan untuk membaiki tempat perlindungan dan menyatukan semula keluarga.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini