Tumpuan :
Dunia

Penduduk digesa jauhi kawasan pantai akibat Taufan Koinu

Foto: Reuters

TAIWAN: Pihak berkuasa Taiwan menggesa penduduk menjauhi kawasan pantai tatkala Taufan Koinu mula membadai selatan negara itu hari ini.

Koinu dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang ke kawasan pesisir pantai Taitung pagi esok sebagai taufan kategori tiga dan mula melemah ketika bergerak ke selatan.

Sementara di pelabuhan, nelayan mula melakukan persiapan seperti mengikat bot mereka di dermaga dan turut membina benteng daripada beg pasir.

Hujan lebat dijangka akan melanda kawasan lembah di wilayah Taitung, Pingtung dan Hualien.

Sementara itu pihak meteorologi meramalkan bandar pelabuhan, Kaohsiung, bakal dibadai taufan kuat.

Lebih 100 penerbangan dibatalkan buat masa ini sementara perniagaan dan sekolah di selatan Taiwan turut ditutup buat sementara waktu.

Loading...
Terkini