comscore
Tumpuan :
Dunia

Penduduk diarah berpindah selepas letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki

Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki meletus. – FOTO REUTERS

INDONESIA: Penduduk diarahkan supaya segera berpindah susulan kejadian letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Indonesia pada Ahad.

Sebelum itu penduduk terjejas enggan meninggalkan kampung masing-masing.

Gunung berapi setinggi 1,584 meter itu terus memuntahkan bahan vulkanik dari kawahnya selama seminggu sejak 3 November lepas.

Ia mendorong pihak berkuasa memperluaskan kawasan bahaya dan meningkatkan jumlah penduduk yang dipindahkan.

Kerajaan tempatan pada masa sama turut mengisytiharkan darurat selama 58 hari bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk.

Dengan kemudahan kenderaan yang terhad, pihak berkuasa hanya dapat memindahkan mereka yang bersedia untuk meninggalkan kawasan mereka.

Terdapat juga penduduk yang memilih untuk berpindah sendiri.

Agensi Vulkanologi Indonesia merancang untuk memperluaskan zon larangan dari 8 km ke 9 km ke arah barat daya hingga barat laut dari kawah, kata ketua agensi itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini