Tumpuan :
Dunia

Penduduk barat North Carolina diarah pindah susulan kebakaran

FOTO: Reuters

NORTH CAROLINA: Penduduk di sebuah komuniti luar bandar di barat North Carolina telah diarahkan pindah ketika kebakaran hutan semakin marak pada Rabu lalu di Daerah McDowell.

Video yang dirakam menunjukkan asap manakala rakaman pada waktu malam memperlihatkan api yang menyala.

Pihak berkuasa telah menutup beberapa jalan di sekitar kawasan Crooked Creek, dan pasukan kecemasan dari pelbagai agensi sedang giat memadamkan kebakaran, menurut kenyataan berita kerajaan daerah serta hantaran di media sosial oleh Gabenor Josh Stein.

Reuters berjaya mengesahkan lokasi kejadian dengan membandingkan fasad rumah, susun atur jalan, bentuk gunung, pokok dan tiang lampu yang sepadan dengan imej fail dan satelit tempat itu serta koordinat metadata asal fail. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini