
KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy menegaskan adalah “sangat penting” agar penderitaan Ukraine didengari dan tidak dilupakan, sehari selepas mesyuarat tegang di Rumah Putih dengan Presiden AS Donald Trump.
“Ia sangat penting bagi kami agar Ukraine didengari dan tiada yang melupakannya, sama ada semasa perang mahupun selepasnya,” katanya dalam satu catatan media sosial bersama rakaman mesyuarat dengan komuniti Ukraine di Washington.
“Ia penting untuk rakyat Ukraine tahu bahawa mereka tidak bersendirian, bahawa kepentingan mereka diwakili di setiap negara, di setiap pelosok dunia.”
Zelenskiy melihat mesyuarat di Pejabat Oval pada Jumaat dengan Trump dan Naib Presiden J.D. Vance sebagai peluang untuk memenangi lebih banyak sokongan bagi usaha perang Kyiv menentang Rusia.
Namun, mesyuarat itu berubah menjadi pertikaian dan merosakkan hubungan dengan sekutu perang terpenting Kyiv ke tahap terendah. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.