RAMALLAH: Pendatang Yahudi di Tebing Barat menyerbu sebuah perkampungan Palestin sambil diiringi pasukan tentera, pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Menurut sumber, berpuluh-puluh pendatang Yahudi melakukan serbuan di Et-Tevane, di kawasan Mesafir Yatta di selatan Hebron.
Mereka bertindak membakar kenderaan milik rakyat Palestin dan menyerang individu yang membantah perbuatan terbabit sehingga menyebabkan pertempuran dengan penduduk.
Tentera Israel turut campur tangan dengan menggunakan gas pemedih mata dan peluru bersalut getah terhadap rakyat Palestin.
Tentera Israel juga menyerang dan menangkap seorang warga Palestin berusia 19 tahun, lapor agensi berita rasmi Palestin, WAFA.
Tebing Barat kerap menyaksikan serbuan dan serangan dilakukan oleh pendatang Yahudi di bawah perlindungan tentera Israel sepanjang tahun. – BERNAMA-ANADOLU