BEIRUT: Rakyat Palestin tidak akan berdiam diri susulan serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Ketua Hamas, Ismail Haniyeh, berkata rejim menyalahkan pejuang Palestin kerana melepaskan roket bertubi-tubi dari Lubnan ke utara Israel.
Haniyeh, tiba di ibu negara Lubnan sehari selepas serangan berlaku untuk bertemu ketua-ketua pertubuhan Palestin yang lain ketika Israel mengancam tindak-balas tentera terhadap tembakan roket.
Menurut Haniyeh, rakyat Palestin dan kumpulan penentang Palestin tidak akan berdiam diri dalam menghadapi pencerobohan ganas Israel terhadap Al-Aqsa.
Israel menuduh rakyat Palestin melancarkan 34 roket dari Lubnan, sehari selepas pertempuran antara polis Israel dan Palestin di tapak ketiga paling suci Islam, Masjid Al-Aqsa.
Keganasan terbaharu rejim Israel di Baitulmaqdis itu dikecam secara meluas negara seluruh dunia.
Dalam kenyataannya, Haniyeh menyeru semua pertubuhan Palestin untuk menyatukan barisan mereka dan memperhebatkan penentangan terhadap pendudukan Zionis.