comscore
Tumpuan :
Dunia

Pencemaran udara berterusan, sekolah di New Delhi ditutup

Foto: Reuters

ANKARA: Penduduk di New Delhi dan kawasan sekitarnya terus menghadapi tahap pencemaran udara yang sangat tidak sihat, memaksa pihak berkuasa menutup sekolah rendah dan melaksanakan langkah-langkah tambahan.

Asap tebal itu mengakibatkan ramai penduduk mengadu mengalami kerengsaan mata dan sakit tekak, lapor Agensi Anadolu.

Menteri Pendidikan Delhi Atishi Marlena mengumumkan sekolah rendah di New Delhi akan ditutup sehingga 10 Nov.

Buletin kualiti udara dan cuaca yang dikeluarkan oleh kerajaan pada Isnin melaporkan kualiti udara di bandar raya itu pada tahap sangat tidak sihat dengan Indeks Kualiti Udara kekal pada 454 pada Ahad. Menurut buletin itu, kualiti udara berkemungkinan berada pada tahap sangat tidak sihat sehingga 9 Nov.

Kualiti udara dalam julat antara 0-50 mempunyai kesan yang minimum terhadap kesihatan manakala tahap yang sangat tidak sihat oleh menyebabkan masalah pernafasan, menurut kerajaan.

Pencemaran udara di New Delhi menjadi isu bermusim yang berulang selama bertahun-tahun. Kualiti udara merosot, terutamanya semasa musim sejuk dari November hingga Januari.

Sementara itu, Kementerian Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim India pada Ahad berkata keadaan meteorologi yang tidak baik, kebakaran ladang dan tiupan angin dari barat laut menyumbang kepada peningkatan Indeks Kualiti Udara di New Delhi. – BERNAMA-ANADOLU

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini