comscore
Tumpuan :
Dunia

Pemimpin negara Amerika Latin kecam cubaan rampasan kuasa di Bolivia

Foto: Reuters

BOLIVIA:  Cubaan rampasan kuasa ke atas kerajaan Bolivia yang dipimpin oleh Bekas Ketua Tentera, Jeneral Juan Jose Zuniga gagal.

Susulan itu, Zuniga yang dipecat Selasa lalu ditahan bersama seorang lagi pemimpin kanan Angkatan Tentera Laut dengan kertas siasatan dibuka oleh Peguam Negara.

Cubaan rampasan kuasa berlaku ketika Colombia pimpinan Presiden Luis Arce berdepan ketegangan akibat krisis politik dengan seteru tradisinya bekas Presiden Evo Marales selain masalah ekonomi.

Terdahulu pasukan tentera dengan kereta kebal dipimpin Zuniga merempuh pintu Istana Presiden.

Foto: Reuters

Pengunduran dilaporkan berlaku tiga jam kemudian dengan ratusan penyokong Arce bergegas ke dataran di luar Istana Presiden bagi menyatakan sokongan mereka ke atas Presiden Arce.

Arce dalam pada itu telah menamakan Jose Wilson Sanchez sebagai Ketua Angkata Tentera baharu yang kemudiannya mengarahkan pasukan tentera berundur selain turut berterima kasih kepada rakyat Bolivia.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Edmundo Novillo turut mengesahkan keadaan kini terkawal.

Cubaan rampasan kuasa itu mendapat kritikan pemimpin domestik dan negara Amerika Latin termasuk, Brazil, Colombia, Argentina, Honduras dan Cuba.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 

Loading...
Terkini