Tumpuan :
Dunia

Pemimpin dunia Arab tiba di Mesir, bincang masa depan Gaza

Foto: Reuters

CAIRO: Pemimpin dunia Arab tiba di Mesir pada Selasauntuk menghadiri sidang kemuncak Arab yang membincangkan situasi terkini di Gaza.

Mesir dijangka akan membentangkan pelan pembinaan semula Gaza kepada kumpulan pemimpin Arab, dengan anggaran AS$53 bilion untuk tempoh lima tahun dan bertujuan untuk mengelakkan pemindahan semula rakyat Palestin.

Usaha itu nyata berbeza dengan cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang mencadangkan pembangunan sebuah ‘Riviera Timur Tengah’, menurut salinan pelan yang diserahkan kepada Reuters.

Pelan pembinaan semula itu dijangka akan diterima ketika akhir sidang kemuncak pada malam ini.

Bagaimanapun, pelan pembinaan semula itu tidak menangani persoalan besar yang masih tidak terjawab dalam rundingan mengenai masa depan Palestin, yakni siapa yang akan memerintah gaza.

Pelan itu hanya menyebut sokongan terhadap keputusan Palestin untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa pentadbiran Gaza, tanpa membincangkan peranan Hamas selepas perang berakhir.

Pemimpin-pemimpin Arab juga dijangka akan menggesa pilihan raya di Tebing Barat dan Gaza dalam tempoh setahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini