comscore
Tumpuan :
Dunia

PEMILU 2024: Keputusan awal dijangka petang ini

FOTO: Reuters

JAKARTA: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) memulakan kiraan awam hampir serta-merta sebaik proses pengundian berakhir.

Pilihan raya kali ini menggunakan kaedah pengundian luar biasa iaitu kaedah menebuk kertas undi, bukannya memangkah seperti kebiasaan dilakukan dalam pilihan raya sebelum ini.

Memetik laporan Al-Jazeera, petugas KPU memegang setiap kertas undi supaya orang ramai dapat melihat lubang ketika mereka membaca nama calon yang dipilih.

“Kami menjangkakan akan mendapat petunjuk awal keputusan lewat hari ini berdasarkan apa yang dipanggil “kiraan pantas”.

“Ini adalah undian dikira secara terbuka yang diterbitkan peninjau bebas daripada sampel stesen di seluruh Indonesia,” menurut petugas pilihan raya.

Dalam pilihan raya sebelum ini, kiraan tidak rasmi terbukti tepat.

Undang-undang pilihan raya melarang penerbitan kiraan pantas sebelum 08:00 GMT (4 petang waktu Malaysia). KPU dijangka mengumumkan keputusan rasmi selewat-lewatnya 20 Mac depan.

Kira-kira 205 juta pemilih berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih presiden,

Pusat mengundi di seluruh tiga zon waktu Indonesia telah ditutup.

Pusat mengundi, setiap satu dibuka selama enam jam bermula 7 pagi hingga 1 tengah hari waktu tempatan dikendalikan lebih 5.7 juta petugas pilihan raya dan lebih 20,000 kerusi disediakan untuk direbut dari peringkat daerah ke kerusi Parlimen negara dan jawatan presiden.

Hujan dan banjir menyebabkan beberapa masalah, terutamanya di Jawa, tetapi secara keseluruhan pilihan raya berjalan tanpa sebarang isu besar.

Dengan undian kini dikira, keputusan awal berdasarkan persampelan, yang dikenali sebagai “kiraan pantas”, akan dikeluarkan dan dianggap sebagai penunjuk yang boleh dipercayai bagi keputusan sebenar.

Pilihan Raya Umum 2024 (PEMILU 2024) menyaksikan lebih 800,000 pusat mengundi dan 20,000 kerusi menjadi rebutan sehingga terpaksa menggunakan pesawat, helikopter, bot laju dan kereta lembu untuk membawa peti undi di sekitar kepulauan yang memiliki populasi hampir 280 juta penduduk.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini