Oleh: Juliana Sharin
KUALA LUMPUR: Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) Indonesia menyarankan proses undi awal bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Ahad lalu dilakukan semula.
Ketua Bawaslu Rahmat Bagja berkata kertas undi yang telah ditanda dari kotak suara keliling (KSK) juga pos, tidak dikira.
“Tidak dilakukan penghitungan dan diulang prosesnya dengan metode pos dan kotak suara keliling,” katanya.
Menurutnya hal itu adalah hasil cadangan Panitia Pengawas Pemilu Luar Negeri (Panwaslu LN) Kuala Lumpur, setelah mendapati terdapat dakwaan berlaku kesalahan dalam proses pilihan raya.
“Karena terdapat banyaknya rangkaian peristiwa pelanggaran yang kemudian memberikan dampak terhadap pemungutan suara metode pos dan kotak suara keliling di Kuala Lumpur,” tambahnya.
Kira-kira 832,420 rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia berdaftar sebagai pemilih menunaikan tanggungjawab mengundi di enam pusat pengundian 11 Februari lalu.
Ia melibatkan Pusat Pengundian di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) membabitkan 222,945 pemilih, Johor Bahru (2,684), Pulau Pinang (5,375), Kota Kinabalu (2,811), Tawau (20,247) serta Kuching (2,988).
Pada Pemilu 2019, Bawaslu pernah meminta pengiraan undi di Kuala Lumpur dibuat semula kerana terdapat puluhan ribu kertas undi dari KSK dan pos tidak dikira kerana lambat diterima berbanding waktu yang ditetapkan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Pilihan Raya Umum Indonesia 2024: Warga Indonesia banjiri WTCKL sejak awal pagi
- Pilihan Raya Umum Indonesia 2024 : Pengundi mahu Indonesia lebih maju, tidak ketinggalan
- Pilihan Raya Umum Indonesia 2024: Uya Kuya, calon PAN dilihat hadir di WTCKL
- Pilihan Raya Umum Indonesia 2024: Pusat undi awal WTCKL aman walaupun wujud provokasi – Irmohizam
- PEMILU 2024: Keputusan awal dijangka petang ini
- PEMILU 2024: Prabowo mendahului dalam kiraan tidak rasmi
- [VIDEO] Pilihan Raya Umum Indonesia 2024 : Prabowo dahului kiraan pantas atasi Anies & Ganjar