MUMBAI: Polis India telah menahan pemilik papan iklan gergasi yang tumbang di sebuah stesen minyak sehingga meragut 16 nyawa.
Pesuruhjaya polis, Lakhmi Gautam berkata suspek ditahan di Udaipur, di mana dia tinggal di sebuah hotel di bawah nama saudaranya.
Polis telah membuka kertas siasatan pembunuhan terhadap pemilik papan iklan, Bhavesh Bhinde yang melarikan diri dari Mumbai selepas kejadian berkenaan.
Media tempatan melaporkan 75 orang diselamatkan dari bawah serpihan papan iklan gergasi itu yang tumbang ketika hujan lebat dan ribut yang melanda pada Isnin lalu.
Ketua Menteri Maharashtra, Eknath Shinde awal minggu ini mengarahkan audit dilakukan ke atas semua papan iklan di Mumbai untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang di tempat lain. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.