Tumpuan :
Dunia

Pembunuhan wanita Uzbekistan, dua pekerja hotel ditahan

Foto hiasan

NEW DELHI: Polis India telah menahan dua pekerja hotel berhubung pembunuhan seorang wanita Uzbekistan yang melawat hab perniagaan di selatan Bengaluru.

Wanita berusia 27 tahun itu tiba di bandar berkenaan pada 5 Mac dan ditemui mati di dalam bilik hotelnya pada 13 Mac.

Polis pada Jumaat menahan dua lelaki berhubung pembunuhan itu, menurut laporan media tempatan.

Suspek dalam lingkungan usia 20-an dan berasal dari negeri timur laut Assam menyangka wanita itu membawa banyak wang tunai dan mahu menjadi kaya dengan cepat dengan merompaknya.

Polis menemukan semula sebuah telefon bimbit curi dan wang tunai 20,000 rupee (RM1,135) daripada mereka. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini