HONG KONG: Suspek ketujuh kes pembunuhan kejam model Abby Choi ditahan di China.
Wanita warga Hong Kong itu diserahkan kepada polis tempatan di pusat kawalan sempadan hari ini.
Suspek ditahan kerana disyaki membantu dalam pembunuhan selebriti media sosial berusia 28 tahun itu.
Dia adalah individu ketiga yang ditahan atas sebab berkenaan.
Enam individu lain yang ditahan termasuk bekas suami, Alex Kwong Kong-chi, 28 tahun, bekas bapa dan ibu mertua mangsa.
Kes pembunuhan Choi menarik perhatian media di seluruh dunia selepas mangsa dilaporkan hilang pada 21 Februari lalu dan beberapa bahagian badan termasuk kakinya ditemui pada 24 Februari lalu.