comscore
Tumpuan :
Dunia

Pemberontak hantar satu lagi video tebusan Philip Mehrtens

FOTO: Reuters

PAPUA: Juruterbang warga New Zealand yang ditawan puak pemberontak di Papua, Indonesia bulan lalu menghantar satu lagi rakaman kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Philip Mehrtens bertindak atas arahan kumpulan berkenaan menjadi perantara dalam menyelesaikan konflik di wilayah yang kaya dengan pelbagai hasil bumi itu.

Mehrtens yang berkhidmat untuk syarikat penerbangan domestik, Susi Air, diculik kumpulan pemberontak Gerakan Pembebasan Papua (OPM) pada 7 Februari lalu sebaik mendarat di lapangan terbang Nduga.

Di dalam rakaman berkenaan dia memaklumkan, “Saya diarahkan untuk membaca kenyataan ini bagi memaklumkan tiada juruterbang asing dibenarkan untuk terbang mahupun bekerja di Papua sehingga daerah ini diisytihar merdeka”.

“OPM memohon kepada PBB untuk menjadi orang tengah di antara Papua dan Indoensia sehingga wilayah berkenaan mencapai kemerdekaan dan barulah OPM akan membebaskan saya.”

Penculikan warga asing jarang sekali berlaku di rantau ini namun konflik dilihat meningkat sejak 2018 dengan lebih banyak serangan dan tragedi berdarah dilancarkan puak pemberontak.

Loading...
Terkini