comscore
Tumpuan :
Dunia

Pemberhentian operasi Hospital Naseer, hukuman mati bagi ratusan ribu penduduk Palestin

KAHERAH: Ratusan ribu penduduk Palestin umpama menanti ‘hukuman mati’ apabila hospital kedua terbesar di Semenanjung Gaza kini tidak lagi boleh beroperasi.

Menurut Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza hanya terdapat empat kakitangan perubatan yang menjaga pesakit di dalam Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.

“Kompleks perubatan Nasser adalah tulang belakang penjagaan kesihatan di selatan Semenanjung Gaza. Pemberhentian fungsinya adalah hukuman mati bagi ratusan ribu orang Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Khan Younis dan Rafah,” kata Ashraf al-Qidra kepada Reuters.

Qidra berkata kekurangan bahan api dan pergaduhan di sekitar kemudahan itu menyebabkan ia tidak dapat digunakan.

Nasser adalah hospital terbesar yang masih berfungsi di Gaza sehingga Ahad dan telah dikepung minggu ini dalam perang Israel dengan kumpulan Hamas.Tentera Israel menyerbu hospital itu pada Khamis. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini