Tumpuan :
Dunia

Pembangkang Korea Selatan fail usul pemecatan Presiden Yoon Suk-yeol

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol (REUTERS)

KOREA SELATAN: Enam parti politik pembangkang Korea Selatan memfailkan usul pemecatan Presiden Yoon Suk-yeol hari ini.

Lapor agensi media Yonhap, proses pembentangan usul dalam sesi dewan parlimen dijangka akan diadakan esok.

Manakala proses undian pula dijangka akan dilaksanakan pada 6 hingga 7 Disember ini.

Pemecatan akan dilakukan sekiranya ia mendapat undian dua per tiga daripada ahli dewan parlimen.

Jika undian itu berjaya, beliau akan dilucutkan kuasa sehingga Mahkamah Perlembagaan menentukan nasib beliau.

Usul pemecatan Yoon dilakukan susulan tindakan beliau mengisytihar darurat semalam atas alasan melindungi Korea Selatan daripada ancaman komunis Korea Utara dan menghapuskan elemen antinegara yang merampas kebebasan rakyat – al jazeera

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini