SEOUL: Pemangku Presiden Korea Selatan, yang juga Perdana Menteri republik itu, Han Duck Soo, pada Ahad berbincang melalui telefon dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, sambil berikrar untuk mengekalkan dan terus memperkukuh pakatan antara kedua-dua negara.
Menurut agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan dari pejabatnya, Han berbincang dengan Biden susulan pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol oleh Dewan Negara pada Sabtu, berikutan pelaksanaan undang-undang tentera selama tempoh singkat pada 3 Dis lalu.
“Kerajaan kami akan terus melaksanakan dasar diplomasi dan keselamatan tanpa gangguan serta berusaha memastikan pakatan Korea Selatan-AS kekal teguh dan lebih berkembang,” kata Han.
— BERNAMA-YONHAP
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.V