KABUL: Pemangku Menteri yang memantau situasi pelarian Afghanistan, Khalil Ur-Rahman Haqqani antara enam terbunuh dalam letupan di Kabul.
Jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid yang mengesahkan kejadian turut mengutuk serangan itu yang disifatkan pengecut.
Insiden disahkan berpunca daripada serangan bunuh diri di kementerian itu.
Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.