Tumpuan :
Dunia

Pelarian Malaysia ahli utama sindiket dadah akhirnya tumpas

LAOS: Seorang pelarian warganegara Malaysia dalam buruan Thailand akhirnya tumpas apabila dia diberkas dalam operasi bersama Thailand-Laos minggu lalu.

Lelaki berusia 39 tahun itu merupakan pengedar dadah dan ahli utama sindiket dilaporkan bersembunyi di Laos.

Suspek sudah sekian lama berada dalam pemerhatian dan siasatan polis ekoran peranan utamanya dalam sindiket dadah di Golden Triangle dan sudah beroperasi sejak tahun 2006 lagi.

Dia sebelum ini dilaporkan bekerja dengan rangkaian dadah antarabangsa meliputi Malaysia, Thailand, China, Singapura dan Laos.

Lelaki itu turut menjadikan Thailand sebagai lokasi untuk pengubahan wang haram selain transit penyeludupan dadah sebelum dihantar ke Malaysia, Taiwan dan Australia.

Tahun lalu, sindiket penyeludupan berkenaan tumpas sekaligus membawa kepada penemuan 998 kilogram dadah jenis methamphetamine dan penahanan tujuh anggotanya.

Suspek terbaru ini akhirnya ditangkap pada 29 Disember lalu hasil siasatan dan koordinasi sulit melibatkan pihak berkuasa Malaysia, Thailand dan Laos.

Loading...
Terkini