comscore
Tumpuan :
Dunia

Pejuang Hamas laung amaran perang panjang di Gaza

GAZA: Pejuang Hamas melaungkan amaran kepada Israel bahawa perang yang panjang di Gaza sehingga kebebasan dikecapi rakyat Palestin.

Ketua Hamas, Yahya Sinwar menegaskan perjuangan menentang Israel dengan sokongan sekutu serantau yang disokong Iran.

Rejim zionis perlu berdepan tentangan daripada gabungan pejuang Hamas bersama Houthi di Yemen dan kumpulan di Lubnan serta Iraq.

Jelas Yahya lagi, kehendak politik musuh termasuk Israel akan dipatahkan sama sekali oleh kumpulan yang bersekutu dengan Iran.

Peringatan kepada Israel bahawa Hamas akan meneruskan perjuangan demi membebaskan Palestin daripada campur tangan pengganas zionis.

Kekejaman tentera rejim sehingga kini meragut 41,226 nyawa dalam konflik perang yang berlarutan lebih 11 bulan di Gaza. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini