LUBNAN: Pengganas Israel melancarkan serangan dron ke atas Kem Pelarian Beddawi di utara Lubnan dan meragut nyawa Pegawai Hamas, Saeed Atallah Ali bersama isteri dan dua anak perempuannya
Israel turut membedil lokasi berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri, lokasi sama serangan beberapa hari lalu yang menjadi tempat kebiasaan Kumpulan Hizbullah mengadakan pertemuan yang berada dalam kawasan penempatan penduduk yang padat
Sasaran lain termasuk daerah Dahiyeh yang yang terletak di pinggir Beirut
Lokasi penting, Odaisseh yang terletak di selatan Lubnan menyaksikan pertempuran sengit sedang berlangsung dalam usaha pengganas rejim menawan kawasan itu
Ini kerana ia adalah laluan penting buat Israel dalam memastikan usaha pencerobohan daratnya ke atas Lubnan berjaya selain memusnahkan infrastruktur kubu kuat Hizbullah
Media Al-Jazeera melaporkan tiada cubaan selamat Israel buat masa ini dengan setiap kali usaha mereka berjaya dipatahkan Pejuang Hizbullah
Sementara itu, Pejuang Hizbullah dalam kenyataannya mendedahkan, pihaknya telah melancarkan ‘Roket Salvo’ ke penempatan haram Yahudi di Kafrioufel yang menjadi lokasi pengganas Israel berkumpul
Turut jadi sasaran roket, penempatan haram Jaladi di utara Israel dan daerah Yaroun
Kementerian Kesihatan Lubnan dalam pada itu mendedahkan, lebih 2,000 orang penduduk terbunuh termasuk 127 kanak-kanak dan 261 wanita sejak serangan Israel bermula ke atas Lubnan . – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.