
RIYADH: Pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Rusia bertemu pada Selasa di Riyadh untuk mengadakan perbincangan paling signifikan antara kedua-dua bekas musuh Perang Dingin itu bagi menamatkan perang di Ukraine.
Kedua-dua pihak dijangka membincangkan cara menamatkan konflik di Ukraine dan memulihkan hubungan AS-Rusia.
Perbincangan ini berpotensi membuka jalan kepada sidang kemuncak antara Presiden AS, Donald Trump dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin.
Ukraine yang tidak menghadiri perbincangan tersebut, menegaskan bahawa tiada perjanjian damai boleh dimeterai bagi pihak mereka di Riyadh.
Menteri Luar, Sergei Lavrov dijadualkan bertemu dengan pegawai tinggi AS, termasuk Setiausaha Negara, Marco Rubio.
Perbincangan akan memberi tumpuan kepada usaha menamatkan perang di Ukraine dan memulihkan “keseluruhan hubungan kompleks” antara Rusia dan AS. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.