NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengulangi rayuan agar penduduk awam yang terperangkap dalam perang Palestin-Israel dilindungi.
Beliau juga menekankan kepentingan semua pihak melaksanakan langkah-langkah perlu bagi tujuan itu.
Kenyataan Guterres disampaikan jurucakapnya, Stephane Dujarric.
Kebimbangan turut dinyatakan ekoran perluasan operasi oleh rejim Israel termasuk serangan udara berterusan.
Justeru katanya, perlindungan ke atas penduduk awam di kedua-dua pihak adalah penting dan mesti dihormati sepanjang masa.
Menurut beliau, undang-undang kemanusiaan adalah peraturan jelas yang perlu dipatuhi dan ia bukan sekadar peraturan terpilih.