Tumpuan :
Dunia

PBB lulus Konvensyen Jenayah Siber

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menerima pakai Konvensyen PBB Menentang Jenayah Siber, sebuah perjanjian global disifatkan bersejarah dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam memerangi jenayah itu.

Ia adalah perjanjian keadilan jenayah antarabangsa pertama yang dirundingkan antara negara anggota PBB dalam tempoh lebih 20 tahun.

Konvensyen yang mengikat di sisi undang-undang itu mengakui risiko ketara kesan penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi, yang memungkinkan jenayah dilakukan pada skala, kelajuan, dan skop yang belum pernah terjadi sebelum ini

Dokumen itu menekankan kesan buruk jenayah siber terhadap negara, perusahaan, dan kesejahteraan individu serta masyarakat serta memberi tumpuan kepada perlindungan terhadap jenayah.

Ia termasuk keganasan, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, dan jenayah kewangan dalam talian.

Selain itu, ia mengiktiraf kesan jenayah siber terhadap mangsa dan memberi keutamaan kepada keadilan, khususnya untuk kumpulan yang terdedah.

Perjanjian ini juga menekankan keperluan bantuan teknikal, pembinaan kapasiti, dan kerjasama antara negara serta pihak berkepentingan lain.

Menurut kenyataan media PBB, konvensyen itu akan dibuka untuk ditandatangani dalam satu majlis rasmi di Hanoi, Vietnam, tahun depan dan akan berkuat kuasa 90 hari selepas diratifikasi oleh penandatangan ke-40.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini