Tumpuan :
Dunia

PBB Kutuk Serangan Udara Di Habsyah

Foto: Reuters

ADDIS ABABA, Habsyah: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengutuk serangan udara yang memusnahkan sebuah tadika di wilayah Tigray, Habsyah.

Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya empat individu termasuk dua kanak-kanak, selain sembilan lagi individu mengalami kecederaan.

Serangan pada Jumaat di ibu kota Tigray, Mekele itu berlaku beberapa hari selepas pertempuran meletus di sempadan selatan wilayah antara tentera kerajaan dan puak pemberontak, sekali gus menamatkan gencatan senjata yang berlangsung selama lima bulan.

Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) yang mengawal wilayah utara berkata, serangan udara itu memusnahkan sebuah tadika dan kawasan kediaman awam.

Perang selama 21 bulan di utara Habsyah menyebabkan kanak-kanak terpaksa menanggung penderitaan akibat konflik berkenaan.

Loading...
Terkini