comscore
Tumpuan :
Dunia

PBB gesa Israel buka lebih banyak laluan untuk bantuan kemanusiaan

TEL AVIV: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (PBB) menggesa Israel membuka lebih banyak laluan ke Gaza bagi memudahkan penghantaran bantuan kepada penduduk.

Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, (OCHA) dalam satu hantaran di laman X menyatakan, di Gaza, pihaknya tidak dapat menjalankan operasi kemanusiaan pada skala diperlukan hanya dengan beberapa laluan yang tidak boleh dipercayai dan sukar diakses.

Justeru, PBB menggesa lebih banyak laluan dibuka bagi membolehkan bekalan dan perkhidmatan kritikal sampai kepada mereka yang amat memerlukan ketika ini.

Menurut OCHA, bantuan hanya dapat dimanfaatkan apabila ia sampai kepada golongan memerlukan, pada waktu sepatutnya.

Pasukan Pertahanan Israel, (IDF) melancarkan lebih banyak serangan baharu yang kononnya menyasarkan pejuang Hamas di utara Gaza sejak dua minggu lalu.

Susulan itu, organisasi bantuan melaporkan keadaan kebuluran dan bencana lebih buruk dialami rakyat Palestin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini