comscore
Tumpuan :
Dunia

PBB desak israel mudahkan pengagihan bantuan di Gaza

urucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric.-Foto: REUTERS

NEW YORK: Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric menegaskan pada Khamis bahawa Israel, sebagai kuasa penjajah di Gaza wajib membenarkan PBB melaksanakan tanggungjawabnya.

Dalam sidang media hariannya, Dujarric mengulas cadangan terbaharu Israel untuk mengambil alih pengagihan makanan di Gaza.

“PBB belum dihubungi atau diberikan sebarang rancangan berhubung perkara ini,” lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) memetik kenyataannya.

Dujarric berkata bahawa walaupun Israel pernah mencadangkan idea ini sebelum ini, beliau menegaskan bahawa UNRWA merupakan “tulang belakang” dalam mengagihkan bantuan kesihatan, makanan dan kemanusiaan di Gaza.

Beliau menyifatkan situasi kemanusiaan di Gaza sebagai terlalu mengerikan dan menyoroti penurunan sebanyak 35 peratus dalam pengagihan makanan berbanding Julai.

Dujarric menjelaskan bahawa penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh “perintah pemindahan” yang dikeluarkan secara berselang-seli pihak berkuasa Israel.  — BERNAMA-WAFA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini