comscore
Tumpuan :
Dunia

Parti pemerintah New Zealand mulakan persiapan untuk Pilihan Raya 2023

FOTO: Reuters

WELLINGTON: Parti pemerintah New Zealand, Parti Buruh mengeluarkan senarai calon sebagai persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 2023 yang dijadual diadakan pada Oktober.

Presiden parti itu, Jill Day, berkata senarai berkenaan menunjukkan Parti Buruh sedang mengukuhkan pasukan sedia ada dan memberi tumpuan kepada isu nafkah hidup yang amat penting kepada rakyat, lapor Xinhua.

“Pilihan raya ini adalah mengenai siapa yang terbaik yang dapat membantu rakyat dalam tempoh masa yang sukar ini seperti penurunan kadar inflasi dan kadar pengangguran yang rendah,” kata Day dalam satu kenyataan pada Isnin.

Parti Buruh merancang untuk mengurangkan inflasi, menurunkan kos sara hidup, memastikan orang ramai dan komuniti selamat serta melabur dalam pendidikan, kesihatan dan perumahan, katanya.  – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini